Skip to main content

Permotoran

FIM MiniGP Malaysia: Qabil Irfan, Qasha Irfan cipta sensasi muncul juara berganda di Tangkak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qabil-irfan-qasha-irfan.jpg
Pusingan ketiga FIM MiniGP Malaysia 2025 di Litar Lumba Tangkak pada hari ini menjadi kenangan manis buat pasangan adik-beradik, Qabil Irfan Azlan dan Qasha Irfan Azlan, yang mencipta kejuaraan berganda dalam kategori masing-masing.

Qabil Irfan terus mendominasi kategori 190 dengan kutipan penuh 150 mata setakat ini selepas menjuarai kedua-dua perlumbaan.

Dia pastinya tidak sabar untuk meraih kejayaan lebih megah menerusi pusingan keempat yang akan berlangsung di LYL International Karting Circuit, Sungai Long Cheras, pada 9 dan 10 Ogos ini. 

"Minggu sempurna, rezeki buat saya. 

"Saya tidak pernah berlatih di sana, saya perlu berlatih lagi untuk mengharungi perlumbaan akan datang. 





"Saya akan untuk cuba berada di podium dan walaupun tidak muncul juara, saya harus terima kenyataan bahawa saya hanya akan dapat podium sahaja," kata Qabil Irfan. 

Dalam kategori 160 pula, persaingan sengit tercetus antara Qasha Irfan dan Al-Adam Mikail. 

"Saya nak jadi macam abang. 

"Dia nasihatkan supaya buat lebih baik lagi," kata Qasha Irfan pula. 


Walaupun pada awalnya Al-Adam berkelebihan, Qasha Irfan mengambil peluang untuk memotong pencabarnya itu di jalan lurus ketika perlumbaan berbaki satu pusingan, sekali gus muncul juara dalam kedua-dua perlumbaan. 

Sementara Al-Adam pula bertekad memperbaiki prestasi dan memburu kedudukan podium dalam baki empat perlumbaan musim ini.

"Mungkin saya perlu tukar strategi. 

"Saya akan cuba perbaiki kesilapan saya bagi menghadapi pusingan keempat untuk memburu kejuaraan," katanyanya pula. 


 

Advertisement

Must Watch Video