Menjelang perlumbaan pusingan ketiga FIM MiniGP Malaysia 2025 esok, Pengurus Kejohanan, Zulfahmi Khairuddin, menyifatkan Litar Tangkak bakal menjadi medan terbaik untuk menguji kemampuan pelumba cilik negara.
Dengan susun atur litar yang pantas dan teknikal, ia mampu mengasah kemahiran pengendalian jentera serta strategi perlumbaan di peringkat awal kerjaya mereka.
Bagaimanapun, Zulfahmi turut menegaskan mengenai cabaran yang bakal dilalui mereka, termasuk saiz litar yang terhad, risiko cuaca tidak menentu dan persaingan hebat daripada pelumba yang memburu kedudukan podium.
Pelumba-pelumba yang bersaing perlu bersedia secara menyeluruh bagi memberi saingan dalam perlumbaan hujung minggu ini.
"Kita tahu Litar Tangkak ini jauh dari Lembah Klang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
"Walaupun jauh, saya nampak inisiatif ibu bapa yang membuat latihan di sini hampir setiap minggu.
"Saya ada bercakap dengan track operator dan mereka juga mengeluh kerana pelumba FIM MiniGP serbu trek ini.
"Ini kerana kita memiliki jarak waktu yang agak besar dari pusingan kedua dan ketiga, iaitu selama dua bulan.
"Mereka benar-benar memanfaatkan tempoh itu untuk berlatih di sini," katanya.