PERMOTORAN
FIM MiniGP Malaysia: Litar Beranang inspirasi dari Litar Ricardo Tormo di Valencia
Pengurus kejohanan FIM MiniGP Malaysia, Zulfahmi Khairuddin, mempercayai bahawa suasana baru yang bakal dilalui oleh barisan pelumba adalah sangat baik dan semestinya bakal mempamerkan kualiti tersendiri.
Sekiranya sebelum ini Litar Unimap Perlis merupakan pilihan penganjur untuk menjadi litar perlumbaan buat saingan pelumba-pelumba cilik yang bersaing, namun satu pengumuman rasmi pada Khamis telah dibuat untuk cabaran kali ini dialihkan ke Litar Horizon, Beranang.
Litar baru ini mempunyai 13 selekoh dengan jarak 1 kilometer semestinya akan akan memberi kelainan kepada para pelumba pada 3 dan 4 Ogos ini dengan kemasukan adalah percuma.
Iklan
"Sebenarnya penukaran litar adalah pada minit akhir daripada Unimap ke Beranang kerana beberapa faktor memandangkan kita ingin menguji litar yang lebih kecil.
"Kerana kita tidak pernah anjurkan program di litar sekecil tempat ini. Sedikit sebanyak merupakan inspirasi daripada litar di Valencia (Ricardo Tormo).
"Jadi ini adalah benda baru, dengan sokongan MAM mereka meluluskan kita membuat perlumbaan di litar ini." Katanya kepada Nadi Arena.
Must-Watch Video