Skip to main content

Permotoran

FIM MiniGP Malaysia: Litar Antarabangsa Langkawi beri aura istimewa -- Zulfahmi Khairuddin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zk.jpg
Kurang dari 24 jam sehingga kemeriahan FIM MiniGP Malaysia series 2024 bagi pusingan ketiga yang akan berlangsung di Langkawi, esok.

Menurut Pengurus Kejohanan, Zulfahmi Khairuddin, Litar Antarabangsa Langkawi mempunyai aura tersendiri kerana dikenali sebagai pusat pelancongan terkenal di seantero dunia. 

"Litar Antarabangsa Langkawi sangat istimewa di mana ia menjadi tempat untuk berlumba dan juga bercuti dalam satu masa yang sama selain mempunyai tempat pelancongan yang menarik," katanya. 

Selain itu, Zulfahmi bersama pasukannya, ZK Racing, tidak mahu melepaskan peluang ketika sedang menguruskan kejohanan selain mengambil peluang untuk mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain di Pantai Cenang.

"Perkara sebegini tidak datang selalu jadi, saya mahu seluruh pasukan ZK Racing mengalami pengalaman untuk mengenal antara satu sama lain," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video