MOTOGP
FIM MiniGP Malaysia: Koordinator acara komited pastikan perlumbaan di Langkawi berjalan lancar
Demi memastikan penganjuran pusingan ketiga FIM MiniGP Malaysia di Langkawi hujung minggu ini berjalan lancar, segala persiapan perlu dirancang rapi.
Koordinator acara di Langkawi, Redzuan Mohamad, berkongsi tentang bagaimana proses-proses bermula sebaik dia dan pasukannnya sampai di Litar Morec Adventure Park, Langkawi itu.
"Persiapan untuk perjalanan dua kontena kami bermula sejak Jumaat minggu lalu.
Iklan
"Kami sampai pada Rabu dan semalam kami memerlukan beberapa jam untuk memunggah barang sambil dibantu 11 kakitangan dan lima pelajar giat mara.
"Kami mula menurunkan barang-barang daripada kontena Rabu lalu," katanya di Nadi Arena.
Must-Watch Video