Hebat!!!
Itulah rumusan penganjur FIM MiniGP Malaysia 2025 selepas pusingan keempat yang berlangsung di LYL International Karting Circuit, Cheras, semalam.
Walaupun kejohanan masih berbaki satu lagi pusingan dengan dua baki perlumbaan, namun juara mutlak di kategori 190 sudah pun dimahkotakan kepada Qabil Irfan Azlan menerusi 200 mata maksimum.
"Ini satu pusingan yang berjaya, kemudahan menarik di sini.
"Saingan sengit berlaku, kategori 110 dan 160 aksi yang sangat hebat.
"Tahniah kepada Qabil Irfan yang muncul juara enam kali berturut-turut FIM MiniGP Malaysia.
"Satu bakat yang sangat luar biasa yang kita akan jumpa 10 tahun sekali, mudah-mudahan kami dapat menggilap bakat sepertinya dalam edisi seterusnya," katanya di Nadi Arena.
Zulfahmi, turut menyatakan harapan besar agar semua pelumba terus bersaing secara sihat dan menampilkan aksi terbaik, hingga juara sebenar dapat dinobatkan di Sepang pada Oktober depan.
"Saya cuma harapkan semua pelumba dapat memberikan saingan yang sihat dan pelumba terbaik akan muncul juara keseluruhan.
"Kejuaraan kategori 110 dan 160 masih belum disahkan, kategori RCB MiniMoto Championship pula menyaksikan Fayyad Anaqi mempunyai jurang kelebihan yang besar," katanya lagi.