24 jam menjelang Perlumbaan 1 dan 2 FIM MiniGP Malaysia 2025 di Litar Kart Antarabangsa Sepang esok, Al-Adam Mikail Hamirul Aliff bakal membawa cabaran baru dalam kategori 160.
Walaupun dipalit insiden muka terkena ekzos motor ketika latihan di Terengganu, semangat juang bekas juara keseluruhan kategori 110 SIC Ohvale Junior Championship 2024 itu sama sekali tidak pernah luntur, malah dia bertekad mempamerkan kecemerlangan dengan menyasarkan kedudukan lima pelumba terbaik keseluruhan musim ini.
"Masih ramai lagi pencabar-pencabar lama, yang laju-laju. Ia membuatkan tugas saya lebih mencabar.
"Ketika berlatih di Terengganu dan pada waktu itu saya tidak tahu pun melecur kerana pada awalnya menyangka ia terkena topi kaledar," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
Ayahnya, Mohd Hamirul Aliff Abdul Halim, turut menyatakan bahawa tiada tekanan diberikan kepada anaknya.
Sebaliknya, pengalaman baru menjadi visi utama dalam menempuh cabaran dalam kategori lebih tinggi musim ini.
"Ini tahun kedua dalam MiniGP dan masih ramai pelumba lebih berpengalaman yang berlumba.
"Kami tidak boleh ubah dia sebagai juara, kami akan cuba terbaik sahaja.
"Insya-Allah kalau ada rezeki tidak ke mana," katanya pula.