Skip to main content

Permotoran

FIM MiniGP Malaysia: FIM MiniGP Malaysia pertimbang perkenal kategori wanita

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

minigp.jpg
Pengurus Kejohanan FIM MiniGP Malaysia 2025, Zulfahmi Khairuddin, berpuas hati dengan aksi cemerlang yang ditampilkan oleh rata-rata pelumba cilik dalam pusingan kedua di Sirkit Horizon Beranang, semalam. 

"Saya sangat gembira dengan kebangkitan pelumba Malaysia selepas (hambar dalam) pusingan pertama. 

"Tiga pelumba kategori 160 saling bersaing sengit dan dalam kategori 190 pula masih didominasi Qabil Irfan dan saya harap pencabarnya terus berinya tekanan.

Menariknya, penampilan hebat, Wan Adra Mikayla Wan Mohd Muzri, turut mencuri tumpuan untuk membuka ruang mewujudkan kategori perempuan bagi edisi akan datang apabila cemerlang dalam kemunculan pertamanya dalam RCB Minimoto Championship.

"RCB Minimoto Championship sangat luar biasa, begitu juga sokongan dan usaha daripada ibu bapa yang turut melatih mereka.

"Mereka datang tanpa meletakkan sebarang jangkaan memandangkan ini satu kejuaraan yang baru. 





"Saya sangat teruja dengan perse,bahan Mikayla sebab dia datang daripada program push bike. 

"Program yang diadakan di Sepang telah membuka mata ramai. Satu bakat yang dapat dicungkil, malah dia juga perempuan. 

"Saya harap dia akan sertai kategori 110 dalam FIM MiniGP Malaysia pada tahun depan. 

"Mungkin satu hari nanti saya akan mengadakan kategori perempuan," katanya. 



 

Advertisement

Must Watch Video