"Doa seorang ibu ialah kunci kepada kejayaan untuk anak tercinta"
Begitulah ungkapan yang boleh digambarkan apabila ia merupakan keberkatan doa kepada pelumba muda, Qayyim Razin, yang menerima senjata terkuat ibunya, Noorkhairina Khalid, yang telah merangkul kejuaraan berganda di Beranang.
"Untuk hari saya sangat bersyukur walaupun pada permulaan terpaksa menempuh beberapa rintangan namun, Tuhan mempermudahkan urusannya untuk memenangi podium," kata Noorkhairina Khalid.
Kejayaan pelumba cilik berusia 12 tahun itu telah membuka peluang buat dirinya untuk memenuhi bersama Airel Marzuki dalam kejohanan dunia yang akan berlangsung di Valencia, hujung tahun ini.
Qayyim perlu menduduki podium tertinggi dalam baki dua perlumbaan pada Oktober sebagai syarat untuk ke pertandingan berpprestij itu.
Najmi Iman
Sun Aug 04 2024