PERMOTORAN
FIM MiniGP Malaysia: Airel Marzuki waspada ancaman Nguyen Viet Tuan di Sepang
Perlumbaan MiniGP 190 dan FIM MiniGP 160 di Litar Kart Antarabangsa Sepang, hujung minggu ini hangat bagi perebutan takhta sang juara dengan menawarkan persaingan sengit membabitkan pelumba cilik negara.
Meskipun kedudukan pertama kategori 160 kini masih diterajui Airel Marzuki namun, dia tetap menjalani latihan tanpa henti sejak Ogos lalu di Litar Gong Badak demi memastikan prestasi sentiasa terjamin dan tidak mahu sebarang perancangan digagalkan.
Menurut Airel, misi muncul juara keseluruhan menjadi perkara utamanya selain yakin akan mewakili Malaysia ke Valencia di samping perlu menghadapi cabaran daripada Nguyen Viet Tuan yang melakukan peningkatan mendadak tahun ini.
Iklan
Pelumba 190, Farish Hafiyfarid Sezli, menekankan bahawa dia sentiasa bersedia menghadapi rintangan pusingan terakhir tersebut di Sepang.
Farish Hafiyfarid menanam hasrat ingin menjadi juara di Valencia dan mengibarkan Jalur Gemilang demi kebanggaan negara di sana.
Must-Watch Video