MOTOGP
FIM MiniGP Malaysia: Airel Marzuki tekad tawan litar kegemaran di Langkawi
“Saya yakin dengan trek i̇ni̇, ini adalah trek kegemaran saya.”
Itulah laungan semangat dan mi̇si̇ besar yang diluahkan Airel Marzuki yang mencatat rekod terpantas sepusingan ketika beraksi dalam pusingan ketiga Litar Morac Adventure Park Langkawi tahun lalu.
Pelumba 160cc FIM MiniGP Malaysia itu merekodkan 1:07.008 saat ketika menjalani ujian masa bagi penentuan petak.
Iklan
Sudah pastinya rekod lalu menjadi inspirasi buat dirinya untuk tampil lebih baik dalam pusingan ketiga.
"Saya mungkin tidak perlu mengambil risiko dan pastikan motosikal laju.
"Latihan di Litar Permotoran Kuala Terengganu di Gong Badak.
"Selekohnya tidak terlalu tajam dan elok untuk saya berlatih menguatkan tangan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Tambah pelumba berumur 12 tahun itu, segala keringat akan dikerah olehnya untuk mengetepikan cabaran sengit daripada pesaing terdekat, Nguyen Viet Tuan, dari Vietnam termasuk sahabat karibnya sendiri yang juga pelumba Kuala Kumpur, Qayyim Razin.
Airel menegaskan situasi jumpstart yang berlaku pada pusingan pertama di Tangkak tidak mematahkan semangatnya berjuang habisan-habisan untuk meraih kejuaraan berganda.
"Saya tidak mahu kejadian pusingan lalu berulang lagi.
"Saya mahu dapatkan gelaran juara untuk kedua-dua perlumbaan.
"Kalau dapat petak utama, saya mahu kekalkan kedudukan," katanya.
Must-Watch Video