PERMOTORAN
FIM MiniGP Malaysia: Airel Marzuki, Qabil Irfan dominasi perlumbaan di Langkawi
Kejuaraan fIM MiniGP Malaysia series 2024 menutup saingan pusingan ketiga di Langkawi dengan menyaksikan juara perlumbaan pertama kategori 160, Airel Marzuki, memperolehi kejuaraan berganda dalam perlumbaan pertama dan kedua.
Airel berjaya peroleh kemenangan tipis ke atas pelumba dari Vietnam, Nguyen Viet Tuan dengan kelebihan catatan masa 0.490saat dalam perlumbaan pertama.
Namun skrip berbeza berlaku dalam perlumbaan kedua apabila berkat keberanian dan dalam misi hidup matinya mempertahankan gelaran, Airel cemerlang menjadi duri dalam daging buat Nguyen dengan kelebihan catatan masa 4.627saat.
Iklan
F-I-M MINI GP MALAYSIA SERIES 2024#RASMI- Airel Marzuki berjaya dalam misi pertahan gelaran selaku Juara Perlumbaan 1 & muncul Juara Perlumbaan 2 juga dalam Pusingan ke-3 di Langkawi.Airel menewaskan pelumba dari Vietnam, Nguyen Viet Tuan dan lain-lain.@ASTROARENA pic.twitter.com/GbFfqVap0Z— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) July 14, 2024
"Saya agak teruja kerana dapat melaksanakan misi saya untuk menang kedua-dua perlumbaan. Walaupun pelumba lawan melanggar saya tetapi saya konsisten untuk dapat nombor satu." katanya kepada Nadi Arena.
Sementara itu, dalam saingan kategori 190 pula menyaksikan juara dunia 2023, Qabil Irfan, ternyata dalam kelas tersendiri untuk turut mencatat kemenangan berganda.
Selepas memenangi perlumbaan satu dengan kelebihan 6.296saat di hadapan Farish Hafiy dengan Qabil lebih tercabar dalam perlumbaan kedua.
Kesilapan pada permulaan menyaksikan Qabil ketinggalan di tempat ke empat, namun dia tidak mengalah dan bangkit untuk memintas saingan dan menamatkan perlumbaan di tempat pertama, berkelebihan 2. 917saat ke atas Farish Hafiy.
"Saya berjaya menang kedua-dua perlumbaan, saya dapat merapatkan jurang dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan yang menyokong saya." katanya kepada Nadi Arena.
Must-Watch Video