Dalam saingan SIC Ohvale junior championship, Al-Adam Mikail, menguasai kejuaraan remaja ini dengan kemenangan berganda di Litar Morac Adventure, Langkawi.
Gah bermula dari petak pertama, Al-Adam tidak berhadapan kesukaran mengalahkan Nufayl Darwisy serta Hairith Fezzrul Iman dalam perlumbaan pertama.
Berasal dari Pahang, Al-Adam turut memperagakan aksi mengagumkan apabila memenangi perlumbaan kedua, sementara Nufayl Darwisy dari Kelantan dan Rishi Keishan Kishi dari Selangor terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan ketiga.
"Saya nak ucap terima kasih kepada pembantu saya kerana menetapkan tetapan motor dengan baik. Saya ingin ucapkan ibu bapa saya kerana selalu menyokon dan berdoa untuk saya." kata Al-Adam.
Selepas usai kemenangan yang dicipta oleh Al-Adam, terdapat air mata yang tidak ternilai harganya jatuh membasahi bumi Mahsuri.
Siapa lagi kalau bukan ibu dan ayah kepada Al-Adam yang hadir ke Pulau Langkawi dalam misi memberikan dorongan dan semangat kepada anak kesayangan mereka itu.
"Perlumbaan ini baik berjalan dengan lancar, usaha Al-Adam kami lihat dengan jelas." kata Ayahnya.
"Saya bangga dan terharu dengan kemenangan Ada, saya bangga dan terharu serta berbaloi dengan apa yang saya sudah korbankan untuk dia." katanya ibunya.