Dalam pusingan pertama FIM MiniGP Malaysia 2025, lensa Nadi Arena turut mencuri tumpuan apabila pelumba sensasi kategori 190, Adam Aiman, terus mempamerkan aksi konsisten.
Adam, yang menduduki tempat ketiga pada edisi lalu, berjaya meraih podium berganda kali ini apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada Race 1 dan tempat kedua pada Race 2.
Untuk rekod, Adam layak secara merit ke FIM MiniGP World Series 2024 di Sepanyol bersama ZK Racing Team. Namun, disebabkan faktor kurang keyakinan diri untuk bersaing di peringkat antarabangsa, pelumba cilik itu memilih untuk tidak menyertai kejohanan tersebut.
Kini, Adam bertekad menjadikan edisi kali ini sebagai peluang terbaik untuk membuktikan keupayaannya.
Dia meletakkan sasaran tinggi untuk menjuarai kejohanan tempatan, sekali gus membawa nama Malaysia ke FIM MiniGP World Series 2025 di Sepanyol dengan keyakinan dan prestasi yang lebih matang.
"Alhamdulillah terima kasih kepada jurulatih saya, ayah saya dan semua. Saya rasa masih belum cukup, kena berlatih lagi dan saya kena menang mana-mana perlumbaan dan kena usaha lagi.
"Saya rasa ini masih tidak cukup untuk ke Sepanyol dan Insya-Allah saya rasa boleh berlaku dengan usaha terbaik dari saya.
"Kalau saya dapat menang banyak kali pun bagus, saya akan cuba yang terbaik dan saya akan ke Sepanyol nanti jika saya buat betul-betul tahun ini.
"Qabil Irfan semakin lama dia semakin meningkat tapi saya boleh belajar dari dia semua perkara dan saya rasa saya boleh potong dia dan saya boleh dapat nombor satu selepas ini," katanya di Nadi Arena.