PERMOTORAN
FIM MiniGP Dunia: Qabil Irfan, Airel Marzuki tekad buktikan yang terbaik ketika perlumbaan sebenar
Pelumba cilik negara, Qabil Irfan, cemerlang dalam sesi kelayakan kedua meskipun terpaksa mengharungi cuaca hujan lebat menjelang FIM MiniGP Dunia di Motorland, Aragon, Sepanyol.
Begitupun, Qabil berjaya menempatkan diri di kedudukan ke-16 secara keseluruhan pole position.
"Semasa kelayakan, hujat lebat membasahi litar. Saya juga ada terjatuh di minit akhir. Saya akan buat yang terbaik selepas ini," katanya.
Iklan
Sementara itu, seorang lagi pelumba, Airel Marzuki, yang bertanding dalam 160cc juga menduduki tempat ke-16 pole position.
Menurutnya, jentera gagal berada dalam keadaan terbaik mengakibatkan dia tidak berada dalam kedudukan sepuluh teratas dalam mencari momentum menjelang perlumbaan sebenar.
Must-Watch Video