Skip to main content

Permotoran

FIM MiniGP Dunia: Qabil intai kejuaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qabil.jpg
Menjulang Kejuaraan ESBK Talent 2025, dengan berbaki satu lagi pusingan dalam kalendar perlumaan bakal memberi suntikan semangat kepada Qabil Irfan, menuju ke pusingan akhir FIM MiniGP Dunia November ini.

Kepulangan jaguh muda negara itu dari Estoril, Portugal, disambut meriah semalam dan Nadi Arena sempat mendapatkan reaksi Qabil setiba di tanah air.

"Pengalaman berlumba di Estoril sejak dua tahun lalu menjadi kekuatan saya. Dalam perlumbaan ini, kami membuat tetapan yang baik dan melakukan sebaik mungkin untuk memastikan kejuaraan," katanya.

"Ini akan menjadi lonjakkan buat saya menjelang saingan FIM MiniGP Dunia nanti."

Kejayaan bukan saja buat Qabil tetapi cukup istimewa buat kedua ibu bapanya -- Azlan Abd Rahman dan Tuan Zarina Tuan Yusof.

Jelas Azlan, perasaan bercampur baur ketika melihat Qabil mendominasi perlumbaan serta meninggalkan pelumba lain dibelakang sewaktu perlumbaan 1 dan 2 di Litar Estoril tempoh hari.

Gembira anaknya berada jauh di depan, namun risau juga jika Qabil terlalu selesa sekaligus menjejaskan teknik tunggangannya yang berisiko menyebabkan kemalangan.

Selain pendekatan yang diambil untuk turut serta bersama Qabil selama dua minggu di bumi Eropah merupakan keputusan yang tepat baginya.

Ia kerana dia dapat melihat sendiri perjuangan anaknya memburu kejuaraan selain dapat membantu Qabil mengelakkan tekanan dengan melakukan aktiviti bersama.
 

Advertisement

Must Watch Video