Skip to main content

Permotoran

FIM MiniGP: Al-Adam Mikail enggan dibuai tekanan melampau

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fim.jpg
Tumpuan kempen FIM MiniGP Malaysia 2025 kini terarah kepada pelumba muda sensasi Al-Adam Mikail, yang sedang memburu kejuaraan kali kedua dalam kerjaya gemilangnya.

Selepas cemerlang muncul juara keseluruhan kategori SIC Ohvale Junior Championship 2024, kali ini Mikail beraksi cemerlang dalam kategori 160 dengan mengumpul 158 mata, untuk mendahului carta kejuaraan.

Namun, tekanan bukan kecil apabila Qasha Irfan, yang kini di tempat kedua dengan 156 mata, menjadi pencabar terdekat dan penghalang utama di Sepang.

Dalam pusingan pertama di trek sama, Mikail pernah mendahului dua perlumbaan, namun kemenangan dirampas Qasha pada detik terakhir.

Berbekalkan semangat juang tinggi, Mikail menegaskan enggan sejarah pahit itu berulang di pusingan terakhir musim ini.

"Ketika sesi latihan ini, saya mencari rentak terbaik dan pelarasan sempurna untuk kelayakan dan perlumbaan sebenar. 

"Alhamdulillah, saya sudah menjumpainya dan tidak akan melakukan kesilapan berulang. 

"Saya juga gembira. Rezeki dapat ke Sepanyol," katanya di Nadi Arena.
Helmet

Arai Helmet 100% Original

Arai Quantic Abstract menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video