Adam Aiman sah kini menjadi wakil kedua malaysia ke Siri Dunia FIM MiniGP 2025 di Valencia, Sepanyol bersama rakan senegara Qabil Irfan.
Adam memanfaatkan peluang selepas pencabar terdekatnya, Qayyim Razin terjatuh dalam perlumbaan 1, untuk mengutip mata berharga dan melebarkan jurang kedudukan.
Perlumbaan kedua menyaksikan Adam kekal tenang dengan tunggangan konsisten di kelompok dua teratas, malah sempat memotong Qabil beberapa kali, namun konsistensi Qabil yang sempurna dengan rekod cantik membuatkannya kekal di depan.
"Dia sangat berusaha untuk memotong saya tetapi saya dapat menjarakkan diri jauh daripadanya.
"Insya-Allah, saya akan merancang yang terbaik menjelang perlumbaan final nanti," kata Qabil.
Dalam masa sama, Al-Adam Mikail terus mempamerkan magis tersendiri, dengan memenangi perlumbaan 1 dan menamatkan perlumbaan 2 di tempat kedua di belakang Qasha Irfan.
Walaupun tewas tipis dalam perlumbaan terakhir, Al-Adam tetap muncul juara keseluruhan FIM MiniGP Malaysia 2025 dengan kelebihan lebih dua mata.
Pengalaman dipotong saat akhir di pusingan pertama menjadi misi balas dendam terbaik, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai juara dua musim berturut-turut selepas cemerlang dalam SIC Ohvale Junior Championship 2025
Dapatkan Sekarang

Arai Helmet 100% Original
Arai Quantic Abstract menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.
Dapatkan Sekarang