Skip to main content

Permotoran

FIM MiniGP: Adam Aiman sukar dicabar, dia berani memotong -- Malek Ridha

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maelk.jpg
Pelumba 190cc MiniGP, Ahmad Malek Ridha, berkongsikan cabaran yang dihadapinya sehingga dapat merai podiumdalam pusingan ketiga FIM MiniGP 2025 di Litar Tangkak, sebelum ini.

Selain Qabil Irfan, pelumba muda negara itu menjadikan sosok Adam Aiman sebagai cabaran untuk susulan keberanian pelumba untuk untuk momotong ketika perlumbaan berlangsung.

"Cabaran di Tangkak adalah berlawan dengan empat orang dalam satu kelompok, ketika memotong dan rezeki saya dapat tamatkan di kedudukan ketiga.

"Dalam sesi kelayakan saya dapat raih tempat ketiga sebelum Qayyim Razin potong saya pada minit akhir, saya lihat dia mengikuti Qabil Irfan.

"Saya lihat Adam Aiman sukar dicabar kerana dia berani dan ada keberanian memotong, boleh dikatakan sama tahap lagi cuma perlu berlatih lagi." katanya kepada Nadi Arena hari ini.

Untuk rekod, selepas tiga pusingan Malek kini menduduki tempat keempat dengan 81 mata dibelakang pendahulu iaitu Qabil Irfan (150), Adam Aiman (101) dan Qayyim Razin (91).

Pusingan keempat FIM MiniGP akan teruskan hujung minggu ini di Litar Go-Kart Antarabangsa LYL, Selangor.

Advertisement

Must Watch Video