PERMOTORAN
FIM MiniGP: 20 peserta terpilih sertai kategori berbeza
Seramai 20 peserta yang hadir daripada 31 pelumba yang terpilih setelah melepasi saringan semasa pendaftaran dalam talian.
Sesi pemilihan yang berlangsung di Petronas Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Selatan dijalankan dengan beberapa tapisan seperti ujian kecergasan, ujian mengawal clutch dan gear serta ujian riding dan body position.
Panel bagi sesi pemilihan ini terdiri daripada pelumba jurulatih Sepanyol,Sergio Mora, dan Zulfahmi Khairuddin yang menitikberatkan aspek-aspek kecergasan dan kawalan jentera bagi memastikan pelumba yang terpilih akan lebih kompetetif dan dapat memberi saingan kepada pelumba musim 2025.
Iklan
Bagi musim 2025, kategori FIM MiniGP 160, seramai 12 pelumba kekal dari musim 2024 (enam pelumba FIM MiniGP 160 dan enam pelumba SIC Ohvale Junior Championship) manakala bagi kategori FIM MiniGP 190 seramai 10 pelumba dari musim 2024 (empat Pelumba FIM MiniGP 160 dan enam Pelumba 190). SIC Ohvale Junior Championship pula hanya 2 pelumba kekal dari musim 2024.
Tahniah diucapkan untuk mereka yang terpilih dan kita jumpa di perlumbaan tidak lama lagi!
Must-Watch Video