PERMOTORAN
FIM Mini GP Malaysia: Zulfahmi Khairuddin akui terkejut kualiti pelumba muda negara
Pengurus Kejohanan FIM MiniGP Malaysia, Zulfahmi Khairuddin, mengakui terkejut dengan kualiti persembahan yang ditampilkan oleh barisan pelumba bagi edisi kali ini, khususnya dalam kategori SIC Junior Championship 110 di Litar Tangkak semalam.
Dia fokus melahirkan pelumba-pelumba berbakat pada masa depan nampaknya berada di landasan yang tepat apabila kehadiran lawan dari Vietnam yang muncul juara bagi perlumbaan pertama kategori 160 mewujudkan persaingan sihat buat pelumba-pelumba negara.
Zulfahmi juga gembira dengan kualiti yang dipamerkan oleh Qabil Irfan apabila berjaya mempamerkan dominasi mutlaknya dalam kategori 190, namun dia berjanji akan turut membantu pelumba lain supaya dapat merapatkan jurang pelumbaan kelak.
Iklan
Malah, dia berkongsi bahawa pada masa akan datang, akan ada lagi tambahan kategori bagi memberi ruang dan peluang kepada ramai bakat baru dilahirkan.
"Penganjuran kita hanya pada asas sahaja, tetapi saya fokuskan pada persembahan pelumba dan itu adalah keunikan kejohanan ini.
"Untuk kategori 110, saya sangat terkejut dengan pelumba baruyang berstatus rookie, pertama kali berlumba dan memenangi kejohanan ini.
"Untuk kategori 160, pelumba dari Vietnam yang memberikan saingan untuk menang. Ini yang kita mahukan agar pelumba Malaysia dapat belajar dan menang di masa akan datang.
"Kemungkinan besar akan ada penambahan kategori untuk pelumba yang lebih muda kerana pelapis kategori 110 perlu diperluaskan lagi." katanya kepada Nadi Arena.
Must-Watch Video