Pelumba muda negara, Hakim Danish memasang impian untuk menjadi seperti pelumba terkenal dunia, Marc Marquez.

Ia susulan minatnya terhadap gaya tunggangan pelumba itu yang dikatakan memiliki tempo pacuannya yang tersendiri.

"Saya meminatinya kerana Marc Marquez sangat laju dan menggunakan jentera yang lama, iaitu motor yang sama tahun lalu.

"Dia pernah mengalami kecederaan serius sebelum kembali berlumba semula serta menghadapi insiden yang banyak.

"Ibarat memberi sumber inspirasi dan semangat luar biasa kepada saya, " kata pelumba ZK Racing itu di Nadi Weekend sebentar tadi.






Sementara itu, Hakim turut berazam untuk meraih podium menjelang pusingan akhir FIM JuniorGP World Championship di Litar Ricardo Tormo pada 24 November depan.

"Berbaki dua lagi pusingan MiniGP, sasaran saya sudah semestinya mahu berada dalam kelompok hadapan dan menduduki sekurang-kurangnya satu podium.

"Saya akan bekerja keras untuk itu," tambahnya.