Skip to main content

Permotoran

FIM JuniorGP World Championship: Litar dengan 17 selekoh menanti Hakim Danish di Perancis

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hakim.jpg
Buat julung kalinya FIM Junior GP World Championship akan berlangsung di Magnycor, Perancis iaitu litar ikonik yang dibuka sejak 1960 dengan 17 selekoh mencabar.

Pelumba muda negara, Hakim Danish, yang kini menetap di Barcelona, Sepanyol, sedang giat menjalani latihan intensif bagi menghadapi saingan itu selain Kejuaraan Redbull MotoGP Rookies Cup 2025.

Ketika ini, Danish sudah mengumpul 38 mata, hanya 37 mata di belakang pendahulu kejuaraan, Brian Uriarte dari Sepanyol.

Sebagai persiapan, anish telah menjalani ujian tertutup di litar Magnycor, dan pada sesi latihan bebas pertama, dia menutup saingan di kedudukan kelima dengan tekad untuk memperbaiki prestasi pada sesi seterusnya.

Untuk rekod, Danish berada di kedudukan keempat secara keseluruhan hanya 1 mata membezakan dirinya dengan pencabar terdekat dari itali, Leonardi Zanni dengan 39 mata.






Sementara Jesus Rio juga mengejar rapat Danish ditangga kelima dengan jurang 2 mata.

"Selesai perlumbaan tadi, saya lebih baik daripada semalam. Tetapi saya juga perlu perbaiki daripada aspek tetapan jentera dan gaya tunggangan. Saya mampu lakukan yang terbaik dan doakan kejayaan saya." katanya.

Advertisement

Must Watch Video