Pelumba muda negara, Hakim Danish, tekad memperbaiki prestasi tunggangan berbaki dua pusingan saingan kejuaraan Dunia FIM JuniorGP.
Masalah tetapan jentera yang dihadapinya sewaktu beraksi di Litar Misano, Itali tempoh hari tidak menjejaskan keyakinannya untuk bangkit semula kerana sudah berjaya menemui solusi terhadap isu itu.
Meskipun kini menduduki tangga ke-9 keseluruhan, Danish percaya tiada yang mustahil baginya untuk merealisasikan sasaran pasukan iaitu berada dalam kelompok lima terbaik.
"Junior GP lagi mencabar untuk bersaing tetapi saya tidak patahkan semangat saya, setiap hari saya berikan 100%.
"Pasukan meletakkan sasaran saya dalam kelompok lima terbaik, tetapi saya berada di tangga ke Sembilan dan tidak mustahil capai lima terbaik.
"Saya akan berlatih dan beri yang terbaik dalam dua pusingan lagi." katanya