Skip to main content

Permotoran

FIM JuniorGP World Championship: Bermula di petak kelima, Hakim Danish mahu pintas pelumba Sepanyol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fim.jpg
Pelumba muda sensasi negara, Hakim Danish, mengintai satu lagi perlumbaan cemerlang di Perancis.

Menjelang perlumbaan pertama FIM Junior GP World Championship di litar Nevers Magny-Cours bagi saingan pusingan ketiga.

Danish yang mewakili SIC racing MSI secara rasminya akan memulakan perlumbaan di petak kelima selepas mencatat masa 1 minit 44.488 saat di pusingan kelayakan kedua, meskipun berada di kelompok pelumba hebat.

Walaupun mengalami kemalangan di lap pertama pada sesi latihan bebas, ia tidak menjejaskan semangat juang Danish untuk kembali mengejar catatan masa terbaik. 




"Ada sedikit kemalangan di lap ketiga pada sesi latihan pagi tadi, tanpa melengahkan masa saya bangun semula dan masuk ke pit untuk segera memperbaiki jentera. 

"Saya cuba untuk memperbaharui perlumbaan saya dengan berusaha keras menamatkan di kelompok 15 terbaik.

"Ramai pelumba hebat dan ia sangat mencabar," katanya di Nadi Weekend.

Danish turut menjanjikan saingan hebat dalam perlumbaan terutamanya terhadap pencabar dari Sepanyol, Brian Uriarte, yang mempunyai gaya tunggangan yang ampuh.

"Doakan kejayaan saya," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video