Berbekalkan rekod cemerlang di litar Aragon, pelumba muda sensasi negara, Hakim Danish turun dengan misi memburu podium dalam pusingan keempat Kejuaraan Dunia Junior GP (FIM Junior GP World Championship) yang akan berlangsung 25 Julai ini.
Pengurus pasukan, Zulfahmi Khairuddin, menyifatkan litar di Sepanyol itu sebagai ‘laman kegemaran’ Danish berdasarkan pencapaiannya sebelum ini dalam saingan Rookies Cup dan juga musim lalu.
Sasaran utama adalah untuk kembali menduduki kedudukan podium, selain mendekatkan jarak mata dengan pendahulu keseluruhan, Brian Uriarte.
"Dia (Hakim Danish) sekarang di nombor enam dan harap dapat memperbaiki sedikit kedudukan supaya tidak terlalu jauh dengan pencabar nombor satu.
"Ia adalah dua perlumbaan berbeza. Dalam Junior GP, kita berlawan antara pasukan.
"Kelebihan pelumba lain ialah memiliki rakan sepasukan yang hebat dan mempunyai data.
"Danish hanya keseorangan," katanya di Nadi Arena.