Skip to main content

Permotoran

Filem F1 papar sisi pengorbanan krew di sebalik perlumbaan paling elit dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

f1trailerfeat.jpg
Brad Pitt kini muncul di layar perak dengan watak yang agak berbeza berbanding filem-filem yang dibintanginya sebelum ini yang bakal dipertontonkan kepada penonton hari ini dalam 'F1'.

Bintang ternama itu menjelaskan bahawa filem terbaharunya itu akan mengetengahkan perjuangan sebenar dalam keseluruhan tenaga membabitkan perlumbaan paling elit di dunia iaitu Formula 1.

Malah menurutnya filem tersebut memberikanya sebuah pengalaman yang luar biasa buat beliau selaku pelakon filem sepanjang kariernya.

Dalam masa yang ia juga sebagai sebuah karya bagi menghargai peranan yang dimainkan oleh krew pasukan yang menyumbang di paddock selain daripada pengorbanan dan keberanian pemandu mereka.

Dalam filem tersebut Pitt akan memainkan watak bekas pelumba Formula 1, Sonny Hayes yang kembali aktif dalam perlumbaan tersebut bersama rakan pasukannya Joshua Pearce yang dimainkan oleh Damson Idris.

Filem lakonan pemegang gelaran Oscar itu diarahkan oleh Joseph Kosinski dan diterbitkan oleh Jerry Bruckheimer (Top Gun: Maverick).

Lokasi penggambaran turut membabitkan Litar Yas Marina, Abu Dhabi.

Sementara itu bagi pasaran Amerika Utara pula filem 'F1' akan hanya mula ditayangkan bermula pada 27 Jun 2025.

Advertisement

Must Watch Video