Skip to main content

Sukan Lain

'Fighter Gombak' mahu lakar sejarah dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ammarul.jpg
Baru empat tahun dalam sukan tempur, nama Ammarul Shafiq Ubaidillah kini semakin hangat meningkat selepas berjaya mengatasi petarung Indonesia, Laka Sasongko, dalam disiplin kickboxing Kejohanan Byon Madness, tempoh hari.

Dengan kejayaan mendapatkan 'technical knock-out' seawal pusingan pertama cukup untuk nama Ammarul meniti di bibir peminat sukan tempur tempatan dan luar negara.

Bagi Ammarul, ini semua merupakan perjalanan untuk dirinya melangkah lebih jauh lagi dalam industri tempur itu.

"Sebagai seorang pejuang sentiasa mahu jadi yang terbaik.

"Untuk menjadi yang terhebat, saya harus menewaskan petarung lain," katanya di Nadi Arena.

Sementara itu, Ammarul juga bangga untuk membawa gelaran 'Fighter Gombak' ke peringkat lebih tinggi dengan menyasarkan tali pinggang dalam Byon Combat.

 


Namun, Ammarul perlu menghadapi individu berpengalaman Malaysia, Mohamed 'Jordan Boy' Mahmoud, terlebih dahulu untuk diberi peluang menentang juara bertahan dari Indonesia, Serieal Effendy.

"Saya mahu membawa nama Gombak ke pentas dunia. 

"Biarlah catatan sejarah dunia penuh dengan orang dari Gombak," tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video