Skip to main content

Permotoran

FIA bakal siasat insiden Vettel-Hamilton

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sebastianvettel-cropped_1roa2yb6vhxbr1fadnpq0luzep.jpg
Sebastian Vettel bakal berdepan hukuman lebih berat ekoran tindakannya melanggar Lewis Hamilton dalam GP Azerbaijan, dengan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengesahkan telah melancarkan siasatan terperinci.

Persaingan di antara Vettel dan Hamilton dalam perebutan kejuaraan F1 telah berlangsung dengan baik selepas tujuh siri perlumbaan, namun segala-galanya berubah di Baku.

Pemandu Jerman itu percaya Hamilton dengan sengaja melakukan ujian membrek lalu menyebabkan berlaku pelanggaran kecil.

Berang dengan tindakan itu, Vettel bertindak memintas pemandu Mercedes itu sebelum melanggar bahagian sisi jentera Hamilton.

Penalti 'stop-and-go' 10 saat dikenakan terhadap Vettel ekoran insiden itu dan analisis oleh pegawai perlumbaan mendapati Hamilton tidak melakukan sebarang ujian membrek.

Tindakan Vettel itu kini dilihat bakal mengundang hukuman lebih berat apabila FIA mengeluarkan kenyaataan yang berbunyi: "Susulan insiden dalam GP Azerbaijan melibatkan Sebastian Vettel dan Lewis Hamilton pada 3 Julai 2017, FIA akan meneruskan siasatan lebih mendalam bagi mengenal pasti punca insiden tersebut, seterusnya menentukan bentuk hukuman yang sesuai seandainya perlu.

"Keputusan siasatan akan diumumkan sebelum berlangsung GP Austria."

 

Advertisement

Must Watch Video