SUKAN LAIN
Festival Toyota Gazoo Racing: Perebutan mata kian sengit!
Saingan sengit dijangka berlaku di pusingan akhir Festival Toyota Gazoo Racing musim ketujuh yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.
Jurang mata tipis antara dua pelumba utama menambahkan kehangatan dan aksi yang mendebarkan dalam kategori super sporting.
Mitchell Cheah Min Jie mewakili pasukan Prima Pearl TD Racing, kini berada di kedudukan pertama dengan 84 mata, namun Muhammad Naquib Azlan dari Axle Sports hanya ketinggalan satu mata di belakang.
Iklan
"Kami mahu memastikan segala persiapan berada di tahap terbaik. Saya berharap untuk memenangi kategori super sporting dan ini merupakan peluang terbaik," kata Naquib.
"Saya mahu memastikan menamatkan saingan di tempat pertama. Saya menjangkakan perlumbaan yang sukar namun mengetahui apa yang diperlukan untuk melakar kemenangan," kata Mitchell.
Segalanya kini bergantung pada strategi dan keberanian mereka untuk mencipta sejarah sebagai juara musim ini. Siapa yang akan membawa pulang gelaran berprestij ini? Nantikan aksinya di Sepang!
Must-Watch Video