Kemenangan ini melengkapkan hatrik kejuaraan buat Naquib, yang sebelum ini memenangi kategori rookies dan sporting pada edisi lalu.
"Alhamdulillah, ini adalah keputusan yang paling gembira pernah saya peroleh.
"Banyak cabaran yang dilalui, tetapi kami tidak berputus asa dan mencuba yang terbaik.
Naquib Azlan mengukir sejarah dengan meraih kejuaraan keseluruhan kategori Super Sporting di Toyota Gazoo Racing, menewaskan juara bertahan Mitchell Cheah. Tahniah juara baru! ?? #ToyotaGazooRacing #MotorsportMalaysia"@ASTROARENA pic.twitter.com/Rp7ScF2XIU
— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) January 5, 2025
"Terima kasih kepada pasukan, penaja sebab memberi peluang kepada saya awal dahulu," katanya di Nadi Weekend.
Sementara itu, Mitchell Cheah mengakui kehebatan Naquib dan menyifatkan pelumba muda itu sebagai pesaing luar biasa yang menaikkan standard perlumbaan.
"Saya gembira saya telah mencurahkan segalanya sehingga saat akhir.
"Saya menghadapi pelbagai rintangan terutama mengenai kelajuan kereta. Sangat susah untuk mencabar kejuaraan.
"Meskipun mempunyai kesukaran dengan kenderaan, saya tetap bersyukur dapat menduduki tempat kedua keseluruhan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
Dengan kejayaan ini, Naquib mengukuhkan statusnya sebagai antara pelumba terbaik di Malaysia, sekali gus membawa semangat baharu dalam sukan permotoran tanah air.