SUKAN LAIN

Festival Sukan Tarian: Wakil Malaysia bawa pulang dua emas, satu gangsa

Shaiful Shamsudin 03/06/2024 | 08:26 MYT
Pasukan DanceSport Malaysia yang terdiri daripada sembilan atlet mengharumkan nama negara di Festival Sukan Tarian 2024 di Bremen, Jerman, yang berakhir semalam.
Atlet negara yang dibarisi Persatuan Kuala Lumpur Dancesport (KLDSA) itu mencapai kejayaan luar biasa dalam kejohanan yang diiktiraf Persekutuan Sukan Tarian Dunia (WDSF) tersebut dengan membawa pulang dua pingat emas menerusi solo latin wanita dan solo latih remaja wanita, manakala satu gangsa dalam acara solo latin wanita remaja II.
Malah, emas itu melonjak kedudukan Cherry Yeo ke tangga keenam dunia dan Yap Wan Xin ketiga dunia dalam kalangan penari remaja, sementara gangsa disumbangkan Kimberly Chew.
#Festival Sukan Tarian #tarian
;