Skip to main content

Sukan SEA

Fatin sambung perjuangan di Taiwan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fatin-juwaidi.jpg
Sejurus tamat acara memanah compound dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 hari ini, pemanah wanita negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh, bergegas pula ke Taiwan untuk menghadapi Sukan Universiti Dunia (Universiade) yang bermula esok.

Selepas selesai upacara penyampaian pingat emas yang dimenangi dalam acara compound berpasukan campuran, Fatin bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan yang dijadualkan pada jam 5.00 petang tadi.

Dia berjaya mengekalkan pingat emas dalam acara berpasukan campuran dan wanita yang dimenangi dua tahun lalu di Singapura, namun tidak berjaya mengulangi skrip sama dalam acara individu apabila tewas dalam saingan separuh akhir yang menyaksikannya meraih gangsa. 

"Saya nak berterima kasih kepada pihak Persatuan Memanah kebangsaan Malaysia (NAAM) kerana sanggup mengubah tarikh asal compound untuk memberi peluang kepada saya beraksi dalam Universiade.

"Dengan keputusan ini, saya harap boleh teruskan momentum ini dalam Universiade," kata Fatin.

Pemanah kelahiran Sabah itu tewas 143-141 di tangan Dellie Threesyadinda dari Indonesia dalam aksi separuh akhir, menyebabkannya gagal mempertahankan emas dalam saingan temasya 2017.

Sementara itu, pemanah Myanmar, Aung Ngeain, akur dengan kekalahannya di pentas final selepas pasangannya, Ye Min Swe, melakukan kesilapan ketika melakukan bidikan.

"Kami tiada masalah untuk menerima hakikat kesilapan panahan ini.

"Apapun, kami masih mampu memberikan aksi terbaik," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video