Pemanah compound wanita negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh, berjaya melangkah ke tiga acara akhir Kejohanan Memanah Antara Universiti Asia buat kali pertama yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.
Fatin bakal beraksi dalam kategori individu, berpasukan dan campuran dalam aksi akhir esok, dengan kesemuanya berdepan pemanah dari Taiwan.
Dalam aksi hari ini, Fatin bersama Mohd. Firdaus Ishak dalam kategori campuran berjaya menyingkirkan pasangan Singapura, Christina Gunawan dan Han Teng Ang, dalam separuh akhir melalui keputusan 149-147.
Justeru, dia berharap dapat mengekalkan konsistensi untuk cuba memenangi ketiga-tiga kategori.
"Alhamdulillah kami dapat mara ke final tapi saya berasakan persembahan pada hari ini tidaklah begitu baik berbanding semalam.
"Apapun, saya tetap berpuas hati kerana keadaan agak berangin," katanya.
Sementara itu, pasukan campuran recurve negara, Ezryn Neza Mohamed Hamzah dan Muhamad Fareez Rosli, membutirkan pingat pertama negara apabila merangkul pingat gangsa dengan menewaskan pasangan Singapura, Kai Zhi Quah-Kee Hui Keith Teo, 6-2.
"Pada awal saingan, semangat saya tidaklah terlalu tinggi.
"Oleh kerana semangat rakan sepasukan saya begitu tinggi, ia mendorong saya untuk beraksi lebih yakin," ujar Ezryn.