SUKAN LAIN

Farkhan hadapi dua aksi penting pada Ogos, November

Penulis Jemputan 02/07/2019 | 05:47 MYT
Peninju profesional negara, Mohd Farkhan Haron, sedar tanggungjawab kian berat buatnya selepas mencuri tumpuan bergelar juara kategori cruiserweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) Asia di Pattaya dua hari lalu.
Selepas menewaskan pemegang tali pinggang bagi kategori cruiserweight WBA Asia, Alexander Bajawa, Ahad lalu, Farkhan tidak mahu dibuai keyakinan tatkala masih ada dua saingan penting menantinya dalam kalendar tahun ini.
"Bagi saya, tali pinggang keempat ini adalah satu pencapaian terbaik peribadi, di mana saya menjadi rakyat Malaysia pertama yang melakukannya," katanya.
"Saya bangga menjadi sebahagian daripada sejarah dan ia juga bukti saya masih menjadi antara peninju terbaik di Asia.
"Selepas ini, saya akan fokus untuk kejohanan seterusnya dan setakat ini, sudah ada dua saingan yang menanti pada Ogos dan November depan. Saingan November nanti lebih getir kerana saya perlu mempertahankan gelaran ini, jadi saya perlu tingkatkan usaha."
;