Skip to main content

Sukan

Fariha Razak wakil Malaysia di Physical: Asia!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

physicalasia.jpg
Contoh!!!!

Kerap kali menjadi perbualan ketika ini adalah rancangan realiti terkini, Physical: Asia.

Lapan negara Asia menghantar atlet terbaik mereka bagi mewakili negara. Negara Asia Tenggara (ASEAN) juga tidak kurang hebatnya dan turut menghantar wakil yang cukup gah.

Sebagai contoh, salah seorang wakil dari pasukan Filipina adalah ikon tinju dunia, Manny Pacquiao. Salah seorang wakil Indonesia pula adalah bekas nombor satu dunia iaitu Marcus Gideon, pemenang pingat emas beregu lelaki dalam Sukan Asia 2018. Thailand pula ada Superbon Singha Mawynn, juara muay thai negara Gajah Perang itu.

Selain itu, negara lain yang terlibat adalah Korea Selatan, Jepun, Australia dan Turkiye.

Sayangnya Malaysia tiada dalam senarai. Sebab itulah mula berangan. Kalau Malaysia nak hantar enam wakil, siapa atlet yang mampu pikul tanggungjawab itu?

Ini pilihan saya:

1. Dinesvaran “Duke” Krishnan, ikon ragbi negara yang punyai pengalaman beraksi dalam liga Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

2. Adli Hafidz Goldenboy, atlet tinju profesional negara dan juara Light Heavyweight WBC Asian Continental 2023.

3. Ziyad Zolkefli, atlet lontar peluru negara yang merupakan memenangi pingat emas pertama Malaysia di pentas Paralimpik Rio pada 2016, perak di Paralimpik Paris 2024.

4. Azeem Fahmi, atlet pecut negara dan juga pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter (m).

5. Fariha Razak, atlet bola jaring meraih emas dalam Sukan SEA 2017 dan 2019, juga kapten pasukan Johor Jewels yang pernah menjuarai Netball Super League (NSL) 2022 dan 2023.

6. Ann Osman, ikon MMA negara yang merupakan atlet seni bela diri gabungan wanita pertama Malaysia.

Kalau korang, korang nak siapa wakil Malaysia?
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video