Skip to main content

Hoki

Farah Ayuni pertaruh pengalaman sebagai benteng terakhir negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

120117-penjaga-gol-utama-skuad-hoki-wanita-negara-farah-ayuni-yahya.jpg
Empat puluh hari terlepas sesi latihan tidak menjadi masalah besar buat penjaga gol utama skuad hoki wanita negara, Farah Ayuni Yahya, dalam mencari keserasian selepas membuktikan kemampuannya dalam dua aksi persahabatan berdepan Ireland dan Wales.

Terikat dengan tanggungjawab selaku anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ayuni terpaksa memulakan latihan lewat 40 hari bersama skuad negara. 

Namun, dia tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk gagal mempamerkan aksi terbaik apabila ia terbukti dalam aksi persahabatan kedua selepas berjaya menghalang Wales daripada menjaringkan sebarang gol. 

Bagi Ayuni, keserasian sudah pun ada antara pemain dan kini hanya perlu lebih bijak membaca taktikal pihak lawan. 

"Mungkin kerana perlawanan persahabatan, maka tekanan itu kurang. 

"Kami mendapat pendedahan dari segi corak permainan lawan sebab dah lama kami tak jumpa Ireland dan Wales. 

"Untuk itu, jurulatih akan menggunakannya menjelang aksi sebenar nanti," katanya. 

Tatkala jurulatih, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, turut meletakkan harapan besar di bahu Ayuni, dia menganggap itu cabaran yang perlu digalas, apatah lagi dengan status selaku penjaga gol terbaik Asia sewaktu Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia, Oktober lalu. 

"Ia hasil daripada pengalaman saya dalam membuat keputusan, saya melakukan analisis berdasarkan rakaman perlawanan. 

"Oleh itu, saya akan tahu kemahiran dan taktikal pihak lawan."
 

Advertisement

Must Watch Video