HOKI
Farah Ayuni kekal berbisa
Dengan kejayaan PDRM Blue Warriors meraih tempat ketiga bagi Liga Hoki Malaysia 2024 serta Piala Vivian May Soars selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-0 pada Sabtu lalu nyata tidak asing lagi dengan kehadiran seorang figura berpengalaman untuk menjadi benteng pasukannya iaitu Farah Ayuni Yahya.
Walaupun sebelum ini pernah mengumumkan persaraanya dalam sukan hoki disebabkan urusan kerja, berbeza dengan edisi kali ini Farah Ayuni nyata kembali bagi menampilkan persembahan berbisanya.
"Saya buat keputusan ini sebab saya rasa boleh bermain lagi, saya tahu saya punya kelebihan, saya tahu saya punya kekuatan, saya tahu dengan PDRM hantar pasukan saya rasa itu peluang untuk saya buktikan yang saya masih lagi boleh main boleh tunjuk kepada semua,"
Iklan
Bagi Farah walaupun kini sudah berusia, namun bisa dan pengalamannya masih tajam untuk dipersembahkan.
"Walaupun faktor umur orang kata tapi saya masih boelh tunjukkan contoh pada pemain-pemain muda dan umur adalah sekadar angka dan orang tua ini masih berbisa lagi.
Farah juga sempat menitipkan pesan-pesan positif bagi para pemain yang turut bermain dalam kejohanan kali ini.
'Keseluruhan liga ini ada pemain yang turun naik tetapi saya percaya setiap pemain mereka faham macam mana mahu kawal situasi kalau waktu kita tengah jatuh,"
'kita tengah di puncak prestasi, mereka kena belajar situasi, kalau mereka tidak boleh kawal situasi seperti contoh mental tengah goyah. Bagi saya kekuatan mental sangat penting.
Untuk trivia, Farah Ayuni juga diangkat sebagai Penjaga Gol Terbaik bagi edisi kali ini.
Must-Watch Video