Farah Ain tetap pamer permainan terbaik meskipun terkena serangan panik, kemurungan

Najmi Iman
Disember 25, 2024 19:21 MYT
Meskipun menampilkan prestasi menakjubkan untuk 2024, siapa sangka dalam senyuman manis yang terukir di wajah atlet boling padang kebangsaan, Nor Farah Ain Abdullah, wujud seribu kedukaan yang bermain di dalam dirinya.
Ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, Farah Ain mendedahkan bahawa dia menghidap serangan panik dan kemurungan dan terpaksa mengambil ubat bagi mengurangkan tekanan tersebut.
Di sebalik kesakitan tersebut, Farah Ain tetap berjaya muncul selaku juara Kejohanan Dalam Dewan Perseorangan Dunia, April lalu.
Selepas ini, Farah Ain akan menyertai Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia di England, Januari depan.

EKSKLUSIF!!! : TANGISAN DALAM SENYUMAN ! Jaguh Boling Padang Negara, Nor Farah Ain Abdullah akhirnya bersedia dedah bertarung jiwa hidap Major Depressive Disorder dan Panic Attack. Stay strong Farah, rakyat Malaysia bersama anda. Laporan penuh Nadi Arena. @ASTROARENA pic.twitter.com/Y1GOhB7p5y

— Faizal Bazari (@faizalbazario) December 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Untuk makluman, saya mengalami masalah kesihatan mental seperti serangan panik dan kemurungan.
"Bermain boling padang sangat sukar sambil gemuruh berfikir bagaimana harus menang.
"Tekanan itu akan datang bersama simptom gementar, mata berair dan dada sakit.
"Bukan mudah untuk Malaysia bermain di sana, jadi sudah tentu saya mahu mendapatkan sesuatu," katanya di Nadi Arena.
#boling padang #Nor Farah Ain Abdullah
;