Farah Ain cemerlang rangkul emas dalam penampilan sulung

Najmi Iman
April 30, 2024 11:27 MYT
'Bagaikan mimpi'. Itu reaksi bersahaja yang diungkapkan oleh juara boling padang dalam dewan dunia, Nor Farah Ain Abdullah yang masih 'tidak percaya' dengan penampilan pertamanya yang membawa tuah, merangkul pingat emas dan gangsa.
Nor Farah Ain mengekalkan kecemerlangannya di pentas antarabangsa dalam misi kedua peribadi di luar negara, sudah menghadirkan takhta juara dunia, malah menidakkan barisan bintang antaranya Connie Rixon.
Menyedari, perjalanannya untuk disegani sangat mudah, berjaya pada penampilan pertama -- Nor Farah mengakui, masih banyak ruang penambahbaikan dalam permainannya.
"Perasaan teruja tu masih tidak hilang kerana ini merupakan kali pertama saya mewakili negara dalam kejohanan yang agak tinggi.
"Sampai sekarang, saya masih terasa seperti mimpi dan tidak mempercayai bahawa saya telah menang merangkul gelaran ini," kata Farah menerusi Nadi Arena.
Sementara itu, rakan seperjuangannya di Guernsey, Izzat Shameer Dzulkeple, berkongsi pengalaman sukar sebelum kem negara dijulang, muncul juara dunia serta dinobatkan sebagai pasukan terbaik edisi kali ini.
Setibanya di United Kingdom, beg yang mengandungi peralatan skuad negara hilang sehingga membuatkan atlet negara terpaksa berlatih dengan bowls yang disediakan penganjur kejohanan.
"Ketika hari pertama latihan di sana, kami kurang memberikan tumpuan kerana bowls yang di bekalkan sangat berbeza," katanya.
"Kejohanan ini telah diadakan sejak 24 tahun yang lepas bermula tahun 2000 dan pencapaian terbaik skuad negara sebelum ini hanyalah ke suku akhir.
"Jadi pada kali ini, bukan sahaja ke peringkat akhir malah skuad Malaysia turut dinobatkan sebagai juara keseluruhan daripada 30 buah negara seluruh dunia.
Justru, ini merupakan kejayaan yang terbaik pernah kita rekodkan," kata Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia, Datuk Awalan Abdul Aziz.
Skuad boling padang negara itu turut meraih perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, yang memberikan jaminan program pelaksanaan sukan itu untuk jangka masa panjang terjamin.
Biarpun tiada dalam Program Podium, sukan boling padang di bawah kepimpinan Zuraidi Puteh, seringkali mengukir kejayaan signifikan di pentas antarabangsa.
#boling padang
;