Skip to main content

Sukan

Farah Ain, Bonnie ungguli Anugerah SAM 100PLUS 2024

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

farfah.jpg

RATU boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah diumumkan sebagai penerima Anugerah Atlet Terbaik pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)2024 yang berlangsung pada Isnin.

Kejayaan itu menambah koleksi pengiktirafan buat Farah Ain selepas dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara (ASN) 2024, Mei lalu.

Advertisement

Farah Ain mengetepikan pencalonan hebat lain antaranya gandingan beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, jaguh boling wanita Sin Li Jane, pelari menara Soh Wai Ching serta ratu wusyu negara Tan Cheong Min.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan anugerah ini. Mungkin tahun ini adalah tahun rezeki saya. Saya gembira kerana dapat mengharumkan nama boling padang sekali lagi, agar masyarakat lebih mengenali sukan ini.

“Tahun lalu saya bersama Aleena (Ahmad Nawawi) menang dan tahun ini giliran saya pula mengangkat nama boling padang di pentas SAM,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian anugerah di Sunway Resort.

Sementara itu, atlet powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi mengungguli kategori Atlet Para Terbaik, menewaskan pencabar utama Cheah Liek Hou (para badminton).

Bagi kategori Atlet Muda Terbaik, perenang remaja negara, Muhd Dhuha Zulfikry diumumkan sebagai pemenang selepas cemerlang dengan meraih enam pingat emas dan dua perak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA), termasuk memecahkan empat rekod kejohanan.

Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) turut menerima pengiktirafan apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Persatuan Dinamik, manakala kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) diberi penghormatan menerima Anugerah Khas SAM atas pencapaian menyeluruh sebagai kelab profesional terbaik negara. - Sinar

Must Watch Video