HOKI
Faizal umum bersara sebaik julang piala
Penyerang berbisa skuad hoki negara, Faizal Saari, mengumumkan persaraannya daripada aksi antarabangsa sebaik membantu Terengganu Hockey Team (THT) menjulang trofi Piala TNB di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil malam tadi.
Dalam aksi final itu, THT bangkit mengikat TNB 1-1 untuk penentuan gelaran ditentukan dengan pukulan penalti.
Faizal menyempurnakan pukulan pertama THT untuk membantu pasukan itu bergelar juara dengan kemenangan 3-0.
Iklan
Kemenangan itu juga menyaksikan THT menyapu bersih kesemua tiga gelaran liga tempatan dengan menjadi juara Piala Sumbangsih, Liga Hoki Malaysia (LHM) dan Piala TNB.
Faizal sebaik diberikan penghormatan menjulang Piala TNB buat THT, memaklumkan mengenai persaraannya daripada pentas antarabangsa.
"Hari ini merupakan hari yang agak sedih buat saya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Sepanjang 15 tahun saya berkhidmat untuk negara, hari ini merupakan hari persaraan saya.
"Saya sudah pun menghantar surat, jadi tidak nampak lagi lah kelibat saya bersama skuad kebangsaan selepas ini," katanya.
Sebagai rekod, Faizal, 34, pernah mewakili The Speedy Tigers sebanyak 302 kali.
🗣️ 'Sepanjang 15 tahun saya berkhidmat untuk negara, hari ni hari persaraan saya. Saya pun dah bagi surat. Tak nampaklah kelibat saya dalam skuad kebangsaan selepas ini...' - Faizal Saari, 302 kaps antarabangsa 🇲🇾Terima kasih Abe 🤝@ASTROARENA pic.twitter.com/7pv9aZevau— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) February 22, 2025
Must-Watch Video