Skip to main content

Sukan SEA

Faiz Samsukhidir optimis skuad rabgi 7's wanita cipta 'magis' di Sukan SEA Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi.jpg
Ketua jurulatih ragbi 7's wanita negara, Faiz Samsukhidir, menggesa anak buahnya agar memanfaatkan sebaik mungkin tempoh lima bulan berbaki menjelang temasya Sukan SEA Thailand 2025 bagi mempersiapkan pasukan yang lebih ampuh.

Dia berkongsikan antara fokus utama barisan kejurulatihan ialah faktor kecergasan, keserasian di kalangan pemain serta kekuatan mentaliti anak buahnya yang dijangkakan berdepan tugas getir untuk mengulangi pencapaian edisi 2019 di Filipina yang menyaksikan kem wanita negara pulang dengan pingat gangsa.

Dia turut mengesahkan pasukannya bakal mengharungi dua kejohanan ragbi siri Asia yang akan berlangsung di China dan Sri Lanka, masing-masing pada September dan Oktober depan, sebelum menyenaraikan 13 pemain terbaik ke temasya dwi tahunan itu.

"Kami akan membuat persediaan menjelang Kejohanan Asia dengan siri pertama di China dan kedua di Sri Lanka. Selepas itu kami akan cuba cari tempat untuk keluar.

"Memandangkan pemain Wanita dalam keadaan yang membimbangkan daripada aspek persediaan tetapi saya yakin anak buah saya dapat cipta magis nanti, kami akan cuba yang terbaik dalam tempoh tiga bulan dan bersedia untuk Sukan SEA.

"Sukan daripada segi persiapan tetapi saya yakin dengan anak buah saya, cabaran adalah Thailand selain Singapura dan Filipina yang ada pemain warisan." katanya. 

Advertisement

Must Watch Video