HOKI

Faiz Helmi yakin rakan sepasukan mampu galas tanggungjawab

Penulis Jemputan 24/06/2017 | 09:36 MYT
Skuad hoki lelaki negara terpaksa melupakan khidmat Faiz Helmi Jali selepas pemain pertahanan itu mengutip kad kuning ketiga dalam aksi bertemu India, sekaligus digantung daripada beraksi menentang Argentina.
Biarpun bertubuh kecil, Faiz sering menyukarkan gerakan pihak lawan menerusi aksinya yang agresif.
“Agak kecewa dan sedih kerana tidak dapat beraksi, namun saya yakin pemain-pemain lain mampu mengisi tempat saya,” ujarnya.
Ketiadaan Faiz pastinya memberi kesan kepada pasukan Malaysian Hockey Tigers, namun pemain berusia 25 tahun itu percaya akan kebolehan rakan sepasukan serta kepakaran jurulatih, Stephen Van Huizen.
“Sekarang hanya boleh tunggu kata putus jurulatih untuk menentukan siapa yang akan menggantikan tempat saya,” kata Faiz.
#Hoki #Liga Hoki Dunia
;