Skip to main content

Sukan Lain

Faiz Ariffin muncul juara Kejohanan Bina Badan Dan Fizikal Dunia 2024

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faiz-ariffinn.jpg
Atlet bina badan negara, Faiz Ariffin, mencipta sensasi apabila dinobatkan selaku juara Kejohanan Bina Badan Dan Fizikal Dunia 2024 Ke-15 di Canareef Resort, Maldives.

Penat lelah demi mengejar impiannya untuk mengharumkan nama Malaysia selama 12 tahun ini akhirnya membuahkan hasil apabila dia menjadi juara dunia dalam kategori fizikal olahraga lelaki 174sm.






Dalam muat naik terbarunya di Instagram, dia berkongsi: "Selepas banyak percubaan sepanjang 12 tahun mewakili Malaysia, akhirnya impian menjadi kenyataan.

"Terima kasih atas sokongan semua pihak sepanjang perjalanan saya ini." katanya yang turut pernah mengungguli Kejohanan Bina Badan & Fizikal Asia 2023.
 

Advertisement

Must Watch Video