Atlet bina badan negara, Faiz Ariffin, menghadiahkan pingat gangsa buat negara selepas menempatkan diri di kedudukan ketiga Kejohanan Bina Badan Dan Fizikal Asia di Bangkok, Thailand.
Faiz yang beraksi dalam kategori Athletic Men's Physique 175cm tampil sebagai finalis menunjukkan konsistensi terutama pada 'Upper Body Conditioning' serta 'Posing routine' yang kemas untuk mencuri perhatian juri.
Bagaimanapun, dia tidak mampu menidakkan dominasi Thailand yang berkelebihan dengan persembahan lebih menonjol untuk membawa pulang gelaran juara, sementara wakil India terpaksa akur dengan pingat perak.