Pemerhati sukan, Dr. Mohamad Faithal Hassan, meminta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Pesuruhjaya Sukan (PJS) supaya menyemak semua penganjuran kejohanan bertaraf dunia di negara ini bagi mengelak pertindihan dengan dasar kerajaan mengenai status Israel.
Semua pihak perlu menyokong dasar kerajaan mengenai larangan berurusan dengan Israel.
Ini kerana kerajaan menyalurkan bantuan terhadap hampir semua aktiviti sukan negara ini selain sebagai tanda bantahan terhadap keganasan rejim Israel ke atas rakyat Palestin.
Jadi, ini adalah masa untuk komuniti sukan di Malaysia bersatu.
"Adalah penting kepada PJS, persatuan sukan dan MOM untuk mengkaji dan meneliti semula garis panduan untuk membida sebarang kejohanan antarabangsa agar Malaysia tidak lagi mengalami masalah yang sama pada masa akan datang.
"Jika tidak, ia seolah-olah mencerminkan bahawa Malaysia tidak teliti dalam soal membida penganjuran disebabkan sesetengahnya bertentangan dengan dasar negara," katanya.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, berpendirian teguh walaupun beberapa pihak menyuarakan bantahan terhadap dasar kerajaan.
Antaranya calon jurulatih renang negara, Bart Kizierowski, yang menolak tawaran ke Malaysia.
Ia berikutan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) melucutkan hak Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia di Kuching, Sarawak, Julai depan.