Max Verstappen berkata dia akan mengalu-alukan cabaran kejuaraan yang 'menakjubkan' dengan Lewis Hamilton.
Verstappen cemerlang meraih kemenangan besar di Grand Prix Sepanyol pada hari Ahad berikutan satu lagi perlumbaan yang didominasi daripada jentera Red Bull.
Hamilton muncul naib juara dengan rakan sepasukan Mercedes, George Russell, di tempat ketiga.
Verstappen telah memenangi lima daripada tujuh pusingan pembukaan untuk mendahului 53 mata kejuaraan mengatasi rakan sepasukan, Sergio Perez.
Tetapi peningkatan prestasi Mercedes di Litar de Catalunya Barcelona telah memberikan Hamilton harapan baharu bahawa impiannya untuk merangkul gelaran dunia kelapan belum berakhir.
Hamilton, yang tidak memenangi perlumbaan sejak kekalahannya yang menimbulkan perbalahan kepada Verstappen pada perlawanan akhir musim 2021 di Abu Dhabi, berkata di Barcelona bahawa dia terus bersaing dalam Formula Satu selama mungkin untuk merebut semula gelaran dunia daripada Verstappen.
Verstappen berada di landasan untuk berlumba dengan hatrik kejuaraan musim ini, tetapi apabila ditanya betapa terujanya dia tentang prospek untuk bersaing dengan Hamilton tahun depan, Verstappen menjawab, “Ia sudah pasti bagus untuk sukan ini.
“Sekiranya terdapat lebih banyak pasukan yang bertarung di hadapan, dan itulah yang mereka mahu capai, secara jujurnya ia akan menjadi menakjubkan.
“Mudah-mudahan sepanjang tahun ia akan menjadi lebih sengit, dan mungkin tahun depan akan ada lebih banyak pasukan yang bersaing untuk merebut kejuaraan.”