Aksi cemerlang dalam beberapa pusingan perlumbaan kebelakangan ini menyaksikan pemandu Red Bull, Max Verstappen, kini membuka semula ruang dan peluang untuk memburu kembali gelaran juara dunia 2025.
Pemandu kelahiran Belanda yang baru sahaja menawan Litar Circuit Of Americas pada Ahad selaku juara, kini menambah lagi jumlah 25 mata dalam carta kedudukan keseluruhan pelumba di belakang dua pelumba McLaren.
Verstappen yang kini memiliki 306 mata hanya dibezakan dengan 40 mata sahaja lagi dengan pendahulu kejuaraan iaitu Oscar Piastri yang setakat ini mengumpul 346 mata ketika saingan perlumbaan musim ini masih berbaki lima pusingan untuk ditamatkan.
Justeru, kemaraan Verstappen secara matematik untuk menafikan hasrat dua pelumba McLaren iaitu Piastri dan juga Lando Norris untuk hanya bersaing sesama mereka merebut Kejuaraan Dunia 2025 mungkin akan berlaku.
"Ia peluang yang boleh dilakukan untuk terus mendapatkan mata dan saya sangat teruja untuk melihat apa kesudahan yang berlaku sehingga di penghujungnya." Jelas Verstappen secara ringkas sejurus selepas memenangi Grand Prix Amerika Syarikat pada Ahad.
Manakala kedudukan Verstappen dengan Norris pula hanya dibezakan 26 mata sahaja dengan pemandu McLaren itu kini mengumpul 332 mata.
Jika ia berlaku, bermakna Verstappen bakal merangkul gelaran juara dunia Formula 1 buat kali kelima sepanjang kariernya setakat ini.
Dapatkan LEGO Red Bull

Bawa Balik Aksi Litar Ke Rumah
LEGO Technic Red Bull memberi peluang anda merasai semangat perlumbaan, terus dari meja ke rak koleksi.
Dapatkan LEGO Red Bull