Skip to main content

Permotoran

F1: Verstappen berdepan risiko digantung selepas insiden panas GP Sepanyol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

max-vertsappen-f1.jpg
Juara dunia, Max Verstappen, kini berada di ambang penggantungan selepas insiden tegang melibatkan pemandu British, George Russell, dalam Grand Prix Sepanyol, yang mencetuskan kontroversi.

Dalam perlumbaan yang menyaksikan persaingan sengit untuk tempat keempat, kereta Verstappen dan Russell bertembung sehingga memaksa pemandu Red Bull itu terbabas keluar litar. 

Walaupun Russell sempat mendahului, Verstappen cuba untuk merampas semula kedudukan, di mana satu tindakan yang mengundang penalti 10 saat serta diturunkan ke kedudukan ke-10.

Susulan insiden itu, pengadil perlumbaan mengenakan tambahan tiga mata penalti ke atas lessen Super FIA Verstappen, menjadikan jumlah terkini kepada 11. 

Jika dia mengumpul satu lagi mata penalti, pemandu itu akan secara automatik dikenakan penggantungan satu perlumbaan.

Walaupun suasana panas di litar, kedua-dua pemandu menunjukkan sikap profesional selepas perlumbaan. 

Verstappen mengakui insiden itu tidak sepatutnya berlaku meskipun tidak membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dengan baki musim yang masih panjang, tekanan kini memuncak buat Verstappen untuk kekal tenang dan mengelak kesilapan yang boleh menyebabkan dia digantung.

 

Advertisement

Must Watch Video